WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Taufan Shanshan: Empat Terbunuh Dan 96 Cedera Di Jepun

30/08/2024 10:11 PM

TOKYO, 30 Ogos (Bernama-dpa) -- Penduduk Jepun kekal dalam keadaan berjaga-jaga pada Jumaat apabila Taufan Shanshan, yang mengorbankan empat orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 96 mangsa, terus bergerak ke arah timur laut negara itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Angka korban itu dilaporkan stesen televisyen Jepun NHK. Ini adalah taufan ke-10 yang melanda negara itu pada musim ini.

Walaupun bahagian hadapan cuaca telah melemah sejak taufan melanda Kyushu, pulau utama barat daya Jepun, pada awal pagi Khamis, ia terus meliputi sebahagian besar negara dengan hujan lebat. Banjir dan kerosakan berlaku dan lalu lintas terganggu teruk.

Pihak berkuasa meteorologi Jepun menyeru penduduk untuk terus berwaspada kerana peningkatan risiko tanah runtuh dan banjir. 

Tiga orang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di wilayah tengah Aichi. Di Tokushima, di Shikoku, pulau terkecil daripada empat pulau utama Jepun, seorang lelaki berusia 80 tahun meninggal dunia apabila bumbung rumahnya runtuh, lapor NHK.

-- BERNAMA-dpa

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan