WILAYAH - TENGAH > BERITA

Lelaki Maut Dihempap Timbunan Kayu Di Tempat Kerja

30/08/2024 11:54 PM

IPOH, 30 Ogos (Bernama) -- Seorang lelaki maut dihempap timbunan kayu di tempat kerjanya dalam kejadian yang berlaku di sebuah kilang kayu di Ayer Tawar dekat Sitiawan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 11.20 pagi melalui maklumat orang awam berhubung kejadian yang menimpa mangsa berusia 41 tahun itu. 

“Saksi kejadian memaklumkan terdengar bunyi timbunan kayu jatuh dan ternampak seperti ada kelibat manusia di bawah timbunan kayu lalu segera memberikan bantuan.

“Mangsa berjaya dikeluarkan daripada timbunan kayu, namun tidak memberikan sebarang tindak balas. Mangsa dipercayai cedera di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamed Nordin berkata kejadian berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan kes masih dalam siasatan pihak polis.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan