WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Jangan 'Tangkap Muat' Pemain Warisan - Dollah

01/09/2024 02:41 PM

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) -- Pemilihan pemain warisan untuk menyarung jersi Harimau Malaya perlu dilakukan secara teliti supaya matlamat memperkuatkan pasukan kebangsaan tercapai.

Legenda bola sepak negara Datuk Dollah Salleh berkata ‘dasar’ memandang pemain warisan sebagai jaguh juga perlu dihentikan kerana tidak semua pemain terbabit beraksi di peringkat tinggi.

“Ini masalah kita. Bila ada pemain warisan main di kelab luar negara, kita mesti anggap mereka macam bintang. Dia bermain dalam divisyen apa pun kita tidak tahu, kadang-kadang pasukan biasa saja.

“Jangan sebab hanya main di luar kita panggil, dan tiada kesan kepada pasukan. Pemain naturalisasi juga jangan tangkap muat, kita kena ingat pemain tempatan juga banyak tersadai,” katanya kepada pemberita.

Pada masa sama, jurulatih skuad Piala Emas Raja-Raja Pulau Pinang 2024 itu berkata sudah tiba masanya pemain tempatan diketengahkan kerana dalam kalangan mereka mempunyai keupayaan jika diberi peluang menyarung jersi kebangsaan.

Khamis lepas, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin  mengumumkan skuad Harimau Malaya dijangka menerima pemain warisan dalam masa terdekat iaitu penyerang St Louis City II, Wan Kuzain Wan Kamal di Amerika Syarikat. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan