WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Forum Indonesia-Afrika 2024 Saksi Lonjakan Besar Komitmen

01/09/2024 08:51 PM

JAKARTA, 1 Sept (Bernama) -- Forum Indonesia-Afrika (IAF) ke-2 2024 menyaksikan peningkatan komitmen Indonesia kepada negara Afrika dengan ketara, dengan jumlah janji melonjak kepada US$3.5 bilion (US$1=RM4.31).

Ini menandakan lonjakan ketara daripada US$568 juta yang dijanjikan pada forum sulung 2018, menurut kenyataan Kementerian Luar Indonesia.

Ketua Pengarah Asia, Pasifik dan Afrika di kementerian itu, Abdul Kadir Jailani menyatakan, "Lonjakan dalam komitmen menunjukkan peningkatan kepercayaan yang semakin mendalam dan perkongsian yang semakin berkembang antara Indonesia dan negara Afrika."

Hasil utama termasuk beberapa perjanjian berprofil tinggi seperti projek pembangunan tenaga geoterma antara PT Perusahaan Listrik Negara Indonesia dan Tanzania Electric Supply Co Ltd (Tanesco).

Perjanjian lain melibatkan perjanjian induk untuk pemindahan teknologi kesihatan antara Bio Farma dan Atlantic Lifescience Ghana, dan Surat Niat dengan PT Dirgantara Indonesia dan AD Trade Belgium untuk menyokong pembelian dan penyelenggaraan pesawat untuk Congo dan Senegal.

IAF ke-2, yang berlangsung dari 1-3 Sept diadakan bersempena Forum Peringkat Tinggi mengenai Perkongsian Pelbagai Pihak Berkepentingan.

Di luar kerjasama ekonomi, acara itu juga bertujuan untuk menghidupkan semula “Semangat Bandung”, elemen utama daripada Persidangan Asia-Afrika 1955 yang kekal sebagai pusat hubungan Indonesia-Afrika.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan