WILAYAH - SELATAN > BERITA

PPM Wilayah Dua Rampas Benih Udang Kara Seludup Bernilai RM3.31 Juta Di Kota Tinggi

01/09/2024 09:11 PM

JOHOR BAHRU, 1 Sept (Bernama) -- Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua merampas benih udang kara seludup bernilai RM3.31 juta di perairan Tanjung Merak, Pengerang dekat Kota Tinggi semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Tinggi DSP Mohd Syamsuri Mohamad berkata rampasan dilakukan Unit Risikan Marin (URM) pada 12 tengah hari, menerusi Op Taring Gelora.

Beliau berkata kegiatan itu dipatahkan selepas URM berjaya memintas dan memberhentikan sebuah bot fiber, yang disyaki menjalankan aktiviti penyeludupan.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas bot menemukan sebanyak 46 kotak gabus berisi benih udang kara tersebut.

“Disyaki, sindiket ini menjalankan kegiatan penyeludupan dengan mendapatkan bekalan benih dari negara luar bagi pasaran tempatan dan juga luar negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun yang merupakan tekong bot turut ditahan dalam operasi itu serta menyita bot fiber dan dua enjin sangkut jenama Suzuki.

Kes disiasat mengikut Seksyen 40 Akta Perikanan 1985.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan