WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PGA8 Rampas 1,300 Kg Ayam Sejuk Beku Di Pasir Mas

10/09/2024 02:26 PM

KOTA BHARU, 10 Sept (Bernama) -- Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) menggagalkan cubaan menyeludup masuk 1,300 kilogram (kg) ayam sejuk beku bernilai RM9,750 dari negara jiran menerusi Op Taring Awasan di Pasir Mas, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA SAC Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata seorang lelaki berusia 28 tahun yang membawa ayam sejuk beku terbabit menggunakan sebuah kereta turut ditahan.

“Anggota PGA8 yang menjalankan rondaan telah menahan kereta dipandu lelaki itu selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan menemukan 65 kotak dengan setiap satunya berisi 20 kg ayam sejuk beku tanpa dokumen yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 Beliau berkata siasatan mendapati kesemua bekalan ayam sejuk beku itu dipercayai untuk pasaran tempatan di negeri ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Makanan 1983.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan