WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Pakistan Tawar Visa Pantas Kepada Rakyat Malaysia

10/09/2024 10:12 PM

NEW DELHI, 10 Sept (Bernama) -- Pakistan memansuhkan bayaran visa untuk warganegara Malaysia yang melawat negara itu bagi tujuan perniagaan, pelancongan atau lawatan keagamaan ke tapak ziarah Sikh.

Dalam satu kenyataan, Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Kuala Lumpur memaklumkan bahawa rakyat Malaysia hanya perlu mendapatkan "Visa Sebelum Ketibaan (VPA)" melalui Sistem Visa Dalam Talian Pakistan di https://visa.nadra.gov.pk/visa-prior-to-arrival/

“Hanya pasport dan VPA diperlukan untuk tujuan imigresen. Tiada bayaran dikenakan termasuk yuran pemprosesan,” menurut kenyataan itu.

Suruhanjaya Tinggi Pakistan berkata proses VPA diperkemas bagi memastikan notis pemberian visa atau visa dihantar kepada pemohon melalui e-mel dengan segera.

“Jika permohonan visa memerlukan semakan lanjut, keputusannya akan dimaklumkan tanpa sebarang kelewatan,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan