WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Presiden Comoros Azali Assoumani Cedera Ditikam Dengan Pisau: Laporan

14/09/2024 12:20 PM

NAIROBI, 14 Sept (Bernama-Anadolu) -- Presiden Comoros Azali Assoumani cedera ringan akibat ditikam dengan pisau oleh penyerangnya pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu, memetik media tempatan.

Seorang penyerang tunggal menghampiri presiden dan menikamnya dengan pisau, menurut akhbar harian Habari Za Comores.

Kakitangan keselamatan dengan pantas bertindak dan menangkap penyerang, tambahnya.

"Ketua Negara Kesatuan Comoros telah ditikam semasa beliau berada di bandar Salimani Itsandra sempena kematian rakan rapat Mufti Republik. Nyawanya tidak dalam bahaya," menurut akhbar itu.

Motif di sebalik serangan itu masih tidak jelas dan penyerang, yang identitinya belum didedahkan, kini dalam tahanan polis, dan siasatan sedang dijalankan.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan