WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Mpox : Maghribi Tangguh Persidangan Kesihatan Awam Antarabangsa

14/09/2024 12:16 PM

RABAT, 14 Sept (Bernama-Anadolu) -- Kementerian Kesihatan Maghribi mengumumkan pada Jumaat bahawa acara antarabangsa mengenai kesihatan awam, yang akan diadakan di negara itu pada November ini, telah ditangguhkan kerana kebimbangan terhadap wabak cacar monyet (Mpox).

Agensi Anadolu melaporkan bahawa keputusan untuk menangguhkan Persidangan Kesihatan Awam Antarabangsa ke-4 dibuat berikutan permintaan rasmi daripada Jean Kaseya, ketua pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (CDC Afrika).

Kaseya menekankan mengawal krisis Mpox, yang memerlukan kerjasama antarabangsa yang signifikan, adalah keutamaan.

Dalam pertemuan dengan Menteri Kesihatan Maghribi Khalid Ait Taleb, Kaseya menekankan cabaran kesihatan yang serius yang dihadapi benua Afrika akibat kes Mpox, termasuk kes pertama yang dilaporkan di Maghribi.

Kenyataan daripada Kementerian Kesihatan Maghribi tidak menyatakan tarikh baharu untuk persidangan itu.

Menurut data CDC Afrika, Afrika merekodkan lebih 26,000 kes Mpox yang disyaki dan 724 kematian tahun ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak itu sebagai kecemasan kesihatan awam yang menjadi kebimbangan antarabangsa pada bulan Ogos, berikutan kemunculan varian clade 1 baharu di beberapa negara Afrika.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan