WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Program 'Kembara Kasih' KPWKM Di Sarawak Bermula Hari Ini Hingga 21 Sept

14/09/2024 07:00 PM

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan melaksanakan program 'Kembara Kasih’ di Sarawak bermula hari ini hingga 21 Sept ini yang bermatlamat mendekati komuniti Orang Asli dan meningkatkan kesedaran berkaitan kebajikan disediakan kementerian itu.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata program yang bermula di Kuching dan berakhir di Lawas itu bertujuan memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang cara mengakses perkhidmatan disediakan pelbagai jabatan di bawah KPWKM. 

"Ramai yang layak untuk mendapatkan perkhidmatan kebajikan namun ada yang masih tidak tahu cara memohon.

“Sehubungan dengan itu, menerusi program ini kami bawa petugas kami (daripada KPWKM) turun padang untuk memberi penerangan mengenai langkah dan proses yang perlu dilakukan oleh orang ramai untuk mendaftar,” katanya yang ditemui selepas program Ruang Bicara terbitan Bernama TV semalam.

Nancy berkata antara jabatan terlibat dalam program berkenaan ialah Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) di bawah Yayasan Kebajikan Negara serta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Selain itu, pejabat daerah tempatan juga turut serta dalam program berkenaan bagi memastikan akses lebih mudah program terbabit kepada komuniti setempat. 

“Perkhidmatan ditawarkan menerusi 'Kembara Kasih' antaranya saringan mamogram, virus papiloma manusia (HPV) dan kanser selain perkhidmatan kaunseling oleh PSSS untuk individu memerlukan,” katanya.

Program terbabit dijadual dirasmikan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kuching Waterfront, esok.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan