WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Para SUKMA: 25 Bas RapidKL Siap Sedia Diguna Atlet

17/09/2024 06:17 PM

KUCHING, 17 Sept (Bernama) -- Sebanyak 25 bas Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) mesra Orang Kurang Upaya (OKU) yang tiba di sini sejak 13 Sept lepas siap sedia untuk digunakan pada temasya Sukan Para Malaysia (Para SUKMA) 2024 yang berlangsung pada 22 hingga 28 Sept ini. 

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata syarikat pengangkutan bas itu turut menghantar 44 petugas untuk membiasakan diri mereka dengan laluan ke venue pertandingan.

“Penyediaan bas ini selaras dengan komitmen kita untuk menyediakan pengangkutan yang inklusif dan selamat bagi semua atlet bertanding,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata bas berkenaan turut dilengkapi aplikasi MyRapid Bus Kiosk untuk menjejaki lokasi semasa bas secara nyata agar atlet para sampai ke lokasi pertandingan tepat pada masanya.

“Jadual dan laluan perkhidmatan telah dirancang dengan teliti untuk memastikan semua perjalanan lancar tanpa gangguan. Kami juga mahu memastikan atlet dan pegawai tidak menghadapi sebarang masalah pengangkutan dan dapat fokus sepenuhnya terhadap pertandingan mereka,” katanya.

Rapid Bus merupakan rakan kongsi rasmi kenderaan sempena temasya Para SUKMA 2024 dengan menyediakan perkhidmatan bas percuma tanpa melibatkan sewaan dan kerajaan Sarawak hanya menanggung kos penghantaran pergi dan balik berjumlah RM845,000 dari Pelabuhan Klang, Selangor ke Pelabuhan Kuching.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan