WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Polis Sahkan Banduan Terima Rawatan Lari Dari Hospital Sungai Buloh

18/09/2024 09:52 PM

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Polis hari ini mengesahkan seorang banduan Penjara Sungai Buloh yang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh melarikan diri pada 3.56 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh menerima maklumat melalui talian MERS 999 daripada pihak hospital yang memaklumkan seorang banduan tiada di katilnya dan disyaki melarikan diri.

Beliau berkata banduan itu dikenali sebagai A. Kalai Kumar, 27, serta memiliki lapan rekod lampau membabitkan empat kesalahan jenayah dan empat kesalahan berkaitan narkotik.

“Polis kini giat menjalankan usaha menjejaki dan menangkap banduan itu,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Hafiz turut memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai banduan itu supaya melaporkannya dengan segera kepada IPD Sungai Buloh di talian 03-6156 1222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan