WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Bacaan RUU Mufti Kali Kedua, Ketiga Diteruskan Pertengahan Oktober - Mohd Na’im

28/09/2024 08:02 PM

KOTA BHARU, 28 Sept (Bernama) -- Kerajaan merancang meneruskan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 untuk bacaan kali kedua dan ketiga pada 16 atau 17 Okt ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Beliau berkata setakat ini pihaknya telah melakukan bacaan kali pertama untuk RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 itu semasa sidang Parlimen lepas. 

"Pada masa ini status rang undang-undang berkenaan belum ada apa-apa perubahan. Insya-Allah kita rancang akan teruskan bacaan kali kedua dan ketiga Oktober ini," katanya kepada pemberita pada Program Sinar Lestari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia Negeri Kelantan di Kampung Pulau Pisang di sini hari ini.

Mohd Na’im berkata keputusan mengenai RUU Mufti tersebut akan diketahui pada tahun ini juga, selain akan dibincangkan di Dewan Rakyat sebelum dibentangkan di Dewan Negara.

 Sebelum ini, media melaporkan bacaan pertama dibuat pada Julai lepas, dengan RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 antara tiga RUU berkaitan hal ehwal Islam yang dibentangkan bagi tujuan pindaan.

RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 antaranya untuk memberi takrifan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sudut akidahnya bersumberkan aliran Al-Asyairah dan Al-Maturidiah. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan