WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Ibu Negara Brazil Catat Rekod Kemarau Terpanjang Selama 164 Hari

05/10/2024 09:37 PM

SAO PAULO, 5 Okt (Bernama-Xinhua) -- Brasilia, ibu negara Brazil mencatat rekod baharu bagi tempoh kemarau terpanjang dengan 164 hari berturut-turut tanpa hujan, lapor Institut Meteorologi Kebangsaan (Inmet) pada Jumaat.

Kemarau yang berpanjangan mencetuskan kebakaran hutan yang meluas, meningkat sejak Ogos di pelbagai kawasan di negara itu.

Rekod sebelumnya dicatatkan pada 1963, hanya tiga tahun selepas penubuhan Brasilia, dengan 163 hari berturut-turut tanpa hujan.

Bandar yang terletak di wilayah tengah Brazil kini berhadapan dengan ancaman berganda dengan cuaca panas melampau dan kelembapan yang rendah.

Pihak berkuasa mengeluarkan "amaran oren" susulan paras kelembapan yang sangat rendah iaitu 15 peratus, digabungkan dengan suhu yang melebihi 35 darjah Celsius.

Laporan daripada Institut Penyelidikan Angkasa Negara (INPE) menunjukkan peningkatan 269 peratus kebakaran hutan di Brasilia tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Inmet meramalkan hujan akan turun pada 8 Okt, selepas suhu panas terik 36.8 darjah Celsius pada Khamis, iaitu hari terpanas tahun ini setakat ini.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan