WILAYAH - SARAWAK > BERITA

MPAJ, JPS Akan Laksana Kerja Baik Pulih Tebing Runtuh Di Ampang

13/10/2024 05:55 PM

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan struktur tebing sungai yang runtuh di Taman Lembah Maju, Ampang dekat sini semalam.

MPAJ dalam kenyataan hari ini memaklumkan Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) membuat kawalan lalu lintas di kawasan berkenaan dan dua kenderaan yang hampir terjatuh ke dalam longkang akibat runtuhan tebing itu juga telah ditarik keluar menggunakan trak tunda 9 malam tadi.

“Orang ramai khususnya penduduk Ampang diingatkan supaya bersiap sedia menghadapi sebarang bentuk bencana terutamanya ketika musim peralihan monsun dan tengkujuh.

“Unit PANTAS MPAJ sedia dihubungi menerusi talian 03-4285 7333 sekiranya berlaku sebarang bencana,” menurut kenyataan itu. 

Hujan lebat yang berterusan di sekitar ibu negara semalam menyebabkan dua kenderaan rosak selepas hampir terjatuh ke dalam longkang apabila tebing sungai di Taman Lembah Maju runtuh.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata insiden kira-kira 7 malam itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang mangsa.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan