WILAYAH - SARAWAK > BERITA

250 Keluarga B40 Parlimen Kota Raja Terima Sumbangan Baju Raya Sempena Deepavali

20/10/2024 10:06 PM

KLANG, 19 Okt (Bernama) --  Sambutan Deepavali tahun ini dijangka lebih meriah bagi 250 keluarga B40 masyarakat India di Parlimen Kota Raja apabila menerima sumbangan baju raya baharu hari ini.

Pengerusi MIC Selangor merangkap Ketua MIC Bahagian Kota Raja Datuk M. Shanker Raj Ayanger berkata ia adalah usaha parti tersebut dalam terus menyantuni penduduk setempat dan meringankan beban mereka sempena sambutan perayaan cahaya itu. 

“Menerusi program ini, kita sumbangkan pakaian baharu serta barangan lain bernilai RM250 termasuk wang tunai untuk sambutan perayaan Deepavali.

“Ini antara cara kita membantu untuk memberikankeceriaan di samping meringankan sedikit sebanyak beban mereka untuk menyambut Deepavali tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas Program Sumbangan Barangan Keperluan Sempena Sambutan Deepavali Bahagian Kota Raja di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri merangkap Ketua UMNO Bahagian Kota Raja Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta Presiden MIC Tan Sri S. A. Vigneswaran.

Shanker Raj Ayanger berkata program itu turut dilaksana di 22 bahagian MIC seluruh Selangor pada akhir bulan ini.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan