WILAYAH - SARAWAK > BERITA

37,804 Kenderaan Dikenakan Tindakan Setakat September - JPJ Negeri Sembilan

29/10/2024 06:06 PM

SEREMBAN, 29 Okt (Bernama) -- Sebanyak 37,804 kenderaan perdagangan telah diambil tindakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan menerusi Operasi Kenderaan Perdagangan bagi tempoh Januari hingga September lepas.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan Hanif Yusabra Yusuf berkata secara keseluruhan sebanyak 166,482 kenderaan diperiksa dalam tempoh berkenaan.

"Terdapat 25,348 kesalahan membabitkan tiada cukai jalan dikesan. JPJ juga  mengeluarkan tindakan saman kepada 1,041 warga asing yang memandu kenderaan tanpa lesen sah.

"Antaranya adalah 287 warga Pakistan, 152 Indonesia dan 151 Bangladesh dengan tindakan diambil termasuk pengeluaran notis, denda serta arahan periksa untuk memperbaiki kesalahan yang dikesan," katanya kepada pemberita pada program Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Deepavali di Perhentian Bas dan Teksi Nilai di sini hari ini.

"Kita sentiasa menjalankan pemantauan terutamanya bagi kenderaan perdagangan dan pihak berkuasa tidak hanya melakukan pemeriksaan secara rutin sahaja, tetapi juga aktif dalam menangani pelanggaran undang-undang," katanya 

Dalam pada itu, Hanif berkata pihaknya menerima sebanyak 4,000 helmet dewasa dan 800 bersaiz kanak-kanak untuk diagihkan kepada keluarga B40 di negeri ini.

Beliau berkata daripada jumlah itu, lebih 3,000 telah diedarkan setakat Oktober, iaitu usaha penting mengurangkan risiko kemalangan dan meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya. 

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan