KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di lapan negeri hingga 12 tengah hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Menerusi amaran yang dikeluarkan pada 8.40 pagi, Met Malaysia memaklumkan kawasan terlibat ialah seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya manakala Selangor membabitkan Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.
Keadaan sama turut diramal melanda Perak (Kerian), Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau), Pulau Pinang (Seberang Perai Selatan) dan Terengganu (Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu).
Di Sarawak, kawasan yang mungkin terjejas ialah Kuching dan Samarahan (Samarahan dan Asajaya).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial