WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Dagangan Luar China Meningkat 3.5 Peratus Dalam 7 Bulan Pertama 2025

22/08/2025 05:49 PM

BEIJING, 22 Ogos (Bernama-CMG) -- Perdagangan luar China menyaksikan pertumbuhan sebanyak 3.5 peratus bagi tujuh bulan pertama 2025, biarpun berdepan pertambahan risiko dan cabaran ekonomi di peringkat antarabangsa sejak tahun ini.

Menurut jurucakap Kementerian Perdagangan China, He Yongqian pada Khamis, pihaknya bersama dengan beberapa jabatan lain menumpukan kepada pemerkasaan sokongan kepada sektor korporat perdagangan luar dari segi dasar yang dilihat kondusif bagi mereka memperoleh surat tempahan dan memantapkan pekerjaan sejak suku tahun keempat 2024.

Dengan itu, pada Januari hingga Julai, import eksport antara China dengan negara-negara membangun terutama ekonomi baharu menokok lima peratus, yang mewakili 65.5 peratus keseluruhan, antaranya perdagangan dengan ASEAN dan Afrika masing-masing menyaksikan pertumbuhan 9.4 peratus dan 17.2 peratus.

Untuk perincian, eksport produk pemesinan meningkat 9.3 peratus, yang menyumbang 60 peratus keseluruhan eksport negara ini, sedangkan eksport produk pintar untuk kegunaan isi rumah, kenderaan elektrik, robot industri dan perkapalan terus meningkat pada kadar yang agak tinggi.

He berkata pada konteks perdagangan global biarpun ia menghadapi risiko kemelesetan, China tetap giat memperluas keterbukaan di paras yang tinggi, berkeyakinan dan berkemampuan menstabilkan dan menambahbaik perdagangan dengan negara luar, dan bersama dengan lebih ramai rakan dagang menangani cabaran terbabit dan berkongsi peluang pembangunan.

– BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan