KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah memperkenan pelantikan bekas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, berkuat kuasa 13 Mei.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata pelantikan berkenaan selaras dengan subseksyen 5(1) Akta SPRM atau Akta 694.
“Kerajaan berkeyakinan bahawa dengan pengalaman luas serta integriti yang tinggi, beliau akan mampu memperkukuh usaha pemerkasaan tadbir urus, meningkatkan keyakinan rakyat serta memperhebat agenda pembanterasan rasuah demi kepentingan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pelantikan Abdul Halim bagi menggantikan Tan Sri Azam Baki yang menyandang jawatan itu dan dijadualkan tamat pada 12 Mei ini.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempersembahkan senarai calon bagi Ketua Pesuruhjaya SPRM kepada Seri Paduka Baginda, semalam.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial