WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Lelaki Ditemukan Meninggal Dunia Dalam Kereta Di Ipoh

25/04/2026 09:14 PM

IPOH, 25 April (Bernama) -- Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kenderaan di Jalan Taman Ng Wan Hup, Taman Pertama, di sini petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan pada 6.25 petang sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh bergegas ke lokasi kejadian sejauh 10 kilometer.

"Mangsa berusia 54 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kereta yang berkunci. Setelah pintu berjaya dibuka, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya dalam kenyataan, malam ini.

Beliau berkata mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, dan operasi tamat pada 7.10 malam.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan