WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Jurugambar Bernama Sarawak Razali Nordin Meninggal Dunia

26/04/2026 10:11 AM

KUCHING, 26 April (Bernama) -- Jurugambar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Biro Sarawak, Razali Nordin meninggal dunia pada usia 54 tahun di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 1.44 pagi ini.

Allahyarham yang berasal dari Batu Gajah, Perak dikenali sebagai seorang yang berdedikasi serta komited dalam melaksanakan tugas sepanjang tempoh tiga dekad perkhidmatannya di Bernama.

Beliau memulakan kerjaya di ibu pejabat Bernama pada 1996 sebelum bertugas di Biro Sarawak pada 2002, Biro Selangor pada 2004 dan kembali ke ibu pejabat pada 2009 sebelum ditempatkan semula di Biro Sarawak pada 2011 sehingga kini.

Difahamkan beliau menghidap beberapa penyakit kronik termasuk masalah jantung, hati dan buah pinggang.

Keadaan kesihatannya mula merosot sejak Ramadan lalu sehingga beliau terlantar di kediamannya di Taman Sukma, Petra Jaya sebelum dimasukkan ke HUS untuk rawatan lanjut.

Allahyarham sebelum ini juga pernah menerima sumbangan menerusi Tabung Kasih@HAWANA sebagai sebahagian daripada inisiatif kebajikan terhadap pengamal media di bawah Kementerian Komunikasi.

Sepanjang berkhidmat di Bernama, beliau banyak menyumbang kepada kelancaran operasi di biro Sarawak dan disenangi rakan sekerja kerana sikapnya yang peramah serta mudah bekerjasama.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Ratnawaty Abdul Hai, serta empat anak.

Menurut Ratnawaty, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Gita dekat sini untuk urusan solat jenazah dan pengebumian.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan