WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Lelaki Rugi Lebih RM250,000 Terperdaya Skim Pelaburan Palsu

26/04/2026 10:35 PM

KUCHING, 26 April (Bernama) -- Seorang lelaki di Miri kerugian RM257,408 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan saham dalam talian yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Miri  ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata mangsa yang berusia lingkungan 40-an mendakwa telah berkenalan dengan seorang wanita melalui aplikasi RedNote pada awal Mac lepas sebelum perbualan diteruskan menerusi WhatsApp.

“Suspek kemudian memperkenalkan satu pelaburan modal dalam talian yang kononnya menawarkan pulangan lumayan dalam tempoh singkat, sekali gus menarik minat mangsa untuk menyertainya.

“Mangsa telah diminta memuat turun satu aplikasi dikenali sebagai “Everwise” bagi tujuan pelaburan dan kemudiannya membuat 17 transaksi pembayaran ke empat akaun bank berbeza seperti diarahkan suspek,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata mangsa hanya menyedari dirinya ditipu apabila suspek terus meminta bayaran tambahan walaupun keuntungan yang dijanjikan masih belum diperoleh.

Kes katanya sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan