22hari lalu
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih ekuiti di Bursa Malaysia minggu lepas, mengakhiri aliran jualan bersih selama dua minggu berturut-turut dan mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM411.4 juta.
22hari lalu
BATU PAHAT, 9 Mac (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi meningkatkan peruntukan bagi pembangunan industri lada kepada RM45.8 juta pada 2026 di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) berbanding RM21.4 juta pada tahun lepas.
22hari lalu
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Malaysia mungkin dapat mengekalkan harga bahan api RON95 pada RM1.99 seliter walaupun harga minyak global meningkat susulan ketegangan di sekitar Selat Hormuz, kata ahli ekonomi.
23hari lalu
KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Di tengah-tengah konflik berterusan di Timur Tengah yang telah mencetuskan kekacauan dalam industri penerbangan dan menyebabkan ribuan pelancong terkandas, amat menyentuh hati apabila melihat komuniti penerbangan global berganding bahu untuk memindahkan penumpang dengan selamat ke destinasi masing-masing.
23hari lalu
KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) - Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah telah mengadakan pertemuan dua hala dengan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Thailand, Dr Ekniti Nitithanprapas di Kementerian Kewangan Thailand.
23hari lalu
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid dan Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Penswastaan Digital Nasional Bhd (DNB) dijangka dapat mengurangkan liabiliti kewangan kerajaan dan risiko berkaitan apabila penggunaan rangkaian 5G beralih daripada fasa dipacu dasar kepada peringkat komersial sepenuhnya, kata seorang pakar industri.
24hari lalu
KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- AMAL, unit haji dan umrah Malaysia Airlines akan menyambung semula operasi seperti biasa ke Jeddah (JED) dan Madinah (MED) berkuat kuasa 8 Mac 2026, selepas tempoh perkhidmatan terhad akibat penutupan ruang udara serantau.
24hari lalu
Daripada Nurhafizah Tan
BEIJING, 7 Mac (Bernama) -- Wilayah Guangdong China sedang berusaha untuk mempertingkat kerjasama ekonomi dengan negara-negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia menerusi integrasi perindustrian lebih erat, saluran pasaran diperluas dan peningkatan pelaburan dua hala.
24hari lalu
KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Perniagaan Malaysia mesti bergerak lebih daripada sekadar menggunakan alat digital dan sebaliknya memastikan pelaburan teknologi dapat diselaraskan dengan objektif yang jelas, kesediaan organisasi serta impak yang boleh diukur.
24hari lalu
KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Malaysia boleh memanfaatkan gangguan bekalan minyak berskala besar disebabkan oleh konflik di Timur Tengah dengan meletakkan dirinya sebagai pembekal tenaga berdaya maju dan lebih dipercayai kepada pelanggan di Asia, kata penganalisis dan sarjana dalam bidang maritim dan minyak dan gas, Nazery Khalid.
25hari lalu
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Kerajaan Malaysia yang stabil telah mencapai kemajuan baik melalui dasar yang menyokong sekali gus membolehkan negara melaksanakan keputusan yang diperlukan untuk terus maju, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
25hari lalu
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- 2025 merupakan tahun terbaik Johor selepas ia mencatatkan pertumbuhan dari segi pelaburan langsung asing (FDI), disokong oleh kejayaan pelancaran Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.