BERITA TERKINI   Kes penunggang motosikal maut: Lelaki dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah didakwa di Mahkamah Majistret Klang atas tuduhan membunuh | NADMA akan menyelaras dan melaksanakan empat siri Operasi Pembenihan Awan di Perak, Kedah, Perlis dan Johor pada 6 hingga 9 April depan -- TPM Ahmad Zahid | Cuaca panas: TPM Ahmad Zahid gesa Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri pastikan Pusat Kawalan Bencana Negeri diaktifkan, diperkasa  | 

Ekonomi

2025 Merupakan Tahun Terbaik Johor Dengan Kemasukan FDI Melalui JS-SEZ

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- 2025 merupakan tahun terbaik Johor selepas ia mencatatkan pertumbuhan dari segi pelaburan langsung asing (FDI), disokong oleh kejayaan pelancaran Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. 

ASEAN Perlu Gerakkan Dana Boleh Labur Sendiri, Wujudkan Juara Korporat Global - Gabenor BNM

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- ASEAN perlu menggerakkan kumpulan dana serantaunya yang besar untuk memenuhi keperluan pelaburan blok ini di samping mewujudkan juara korporat, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (CPO) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, disokong kenaikan harga minyak mentah susulan konflik antara Amerika Syarikat dan Iran, kata seorang peniaga.

Dasar Konsisten, Mekanisme Sama Perkukuh Pasaran ASEAN, Tarik Pelaburan - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Kekonsistenan dasar dan mekanisme yang sama di seluruh ASEAN boleh membantu mewujudkan pasaran yang lebih terhubung, sekali gus menjadikan blok ini lebih menarik bagi pelaburan modal serta menyediakan asas kestabilan untuk kemajuan masa depan serantau.

Ekonomi Malaysia Raih Manfaat Daripada Integrasi ASEAN, Kukuhkan Ketahanan Serantau

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Integrasi ASEAN telah memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, meningkatkan ketersambungan rantaian bekalan dan menambah baik pelaburan rantau ini, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Jumaat. 

Lufthansa Bekerjasama Dengan Kerajaan Hantar Balik Pengembara Terkandas

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Lufthansa Group berharap dapat menyambung semula penerbangan secara berperingkat ke beberapa kawasan di Timur Tengah bermula akhir minggu ini, kata Naib Presiden Asia Pasifik, Timur Tengah dan Usaha Sama Timur kumpulan itu Felipe Bonifatti.

MR DIY Cadang Program Sukuk Wakalah Dengan Had Agregat RM5 Bilion

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- MR DIY Group (M) Bhd bercadang untuk mewujudkan dua program sukuk wakalah dengan had agregat gabungan dalam nilai nominal sebanyak RM5 bilion.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Berikutan Dolar AS Kukuh, Hasil Sebenar Meningkat

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat berikutan peningkatan hasil sebenar Amerika Syarikat (AS) serta dolar AS yang kekal kukuh.

Golden Destinations Meterai Perjanjian Taja Jamin Untuk IPO Menjelang Penyenaraian Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Golden Destinations Group Bhd memeterai perjanjian taja jamin dengan UOB Kay Hian (M) Sdn Bhd (UOBKH) untuk tawaran awam permulaan (IPO) bagi penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

Johor Catat RM110 Bilion Pelaburan Pada 2025, Pecah Rekod Negara

JOHOR BAHRU, 6 Mac (Bernama) -- Johor mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM110 bilion pada 2025, menjadikannya rekod tertinggi dalam sejarah negara.

Ekonomi Malaysia Kekal Berdaya Tahan, BNM Terus Memantau Risiko Konflik Timur Tengah – Gabenor

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan walaupun ketidaktentuan global meningkat susulan konflik yang semakin memuncak di Timur Tengah, dengan Bank Negara Malaysia (BNM) terus memantau rapat perkembangan yang berpotensi memberi kesan kepada ekonomi negara.