24hari lalu
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Purata sewa di Malaysia meningkat 3.9 peratus kepada RM1,995 pada suku kedua tahun ini daripada purata pada suku pertama, dan 2.9 peratus daripada suku kedua 2023, menurut laporan Indeks Sewa Rumah IQI Malaysia bagi Suku Kedua 2024, dikeluarkan oleh Juwai IQI.
24hari lalu
SHAH ALAM, 8 Okt (Bernama) -- Perbadanan Teknologi Maklumat Ekonomi Digital Selangor (Sidec) memenangi Anugerah Kecemerlangan Perikatan Perkhidmatan Inovasi dan Teknologi Global (WITSA) 2024 bagi Peluang/Keterangkuman Digital (Sektor Awam).
24hari lalu
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- MBSB Bank Bhd mengumumkan kadar kempen terbarunya, menawarkan penyelesaian kewangan yang menarik untuk pelanggan individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
24hari lalu
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Cisco, sebuah syarikat teknologi global memeterai perjanjian kerjasama dengan Telekom Malaysia Bhd (TM) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) di bawah program Country Digital Acceleration (CDA) yang bermatlamat memacu inovasi kecerdasan buatan (AI) di Malaysia.
24hari lalu
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kumpulan Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.9 peratus pada 2024, daripada 4.3 peratus yang ditetapkan pada April lalu.
24hari lalu
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Malaysia mencapai kejayaan penting dalam kecekapan tenaga, yang telah diumumkan sebagai bahan api pertama peralihan tenaga, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
24hari lalu
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi tempoh 12-15 bulan akan datang susulan tekanan inflasi yang mereda dan prospek ekonomi lebih cerah.
24hari lalu
VIENTIANE, 8 Okt (Bernama) -- ASEAN perlu kekal sebagai sebuah blok berkecuali bagi menghadapi impak ketegangan geopolitik global dalam usaha merangsang pelaburan asing di rantau ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
25hari lalu
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Syarikat yang dikaitkan dengan hartawan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, Aurora Mulia Sdn Bhd telah melupuskan 353.81 juta saham dalam Media Prima Bhd dan tidak lagi menjadi pemegang saham besar dalam syarikat itu.
25hari lalu
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Dialog Group Bhd mengumumkan kenaikan pangkat Ketua Pegawai Operasinya Mustaffa Kamal Abu Bakar kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa hari ini.
25hari lalu
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan keyakinan terhadap Belanjawan 2025 selepas menandatangani dokumen rasmi belanjawan itu di Kementerian Kewangan hari ini.
25hari lalu
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) bekerjasama dengan CelcomDigi Bhd untuk mentransformasikan rumah PR1MA dan pembangunan komersial dengan penyelesaian bandar pintar.