Pasaran

Pasaran MSM Dijangka Berdepan Aktiviti Pengambilan Untung Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan aktiviti pengambilan untung minggu depan apabila peniaga antarabangsa kembali selepas cuti Tahun Baharu Cina, kata seorang peniaga.

Dagangan Pasaran Getah Kemungkinan Meningkat Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka menunjukkan aliran meningkat minggu depan, memandangkan hujan lebat berterusan di seluruh wilayah pengeluar utama, sekali gus menjejaskan produktiviti getah, kata pakar industri Denis Low. 

KLCI Dijangka Didagangkan Mendatar Minggu Hadapan Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan secara mendatar pada minggu hadapan memandangkan aktiviti pengambilan untung mungkin muncul dalam kaunter saham-saham mewah terkemuka dalam tempoh terdekat.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) ditutup lebih rendah hari ini didorong oleh aktiviti pengambilan untung selepas mencatatkan kenaikan kukuh pada Khamis, kata seorang peniaga.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Menjejaki Keuntungan Di Comex AS

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada hari Jumaat selepas ia menjejaki keuntungan dalam niaga hadapan emas Comex AS.

Pasaran Getah Ditutup Lebih Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah hari ini, dipengaruhi oleh aliran bercampur-campur dalam niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga. 

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Belian Saham Harga Rendah Pada Saat Akhir

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Aktiviti pembelian saham semasa harga rendah pada saat-saat akhir dalam beberapa saham wajaran tinggi terpilih terutama dalam kaunter kewangan mendorong Bursa Malaysia untuk ditutup tinggi pada Jumaat.

Ringgit Ditutup Mengukuh Berbanding Dolar AS Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong oleh sentimen pasaran yang berhati-hati di tengah-tengah rundingan berterusan AS dan Iran membabitkan program nuklear, kata seorang ahli ekonomi.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Dipengaruhi Isyarat Fed AS

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan penurunan pada tengah hari ini berikutan isyarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) yang cenderung menaikkan kadar faedah serta ketegangan berterusan di Timur Tengah yang menjejaskan sentimen pasaran.

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia tidak banyak berubah pada sesi dagangan awal pada Jumaat, mencatatkan penurunan daripada kenaikan ketika pembukaan dan mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang lemah.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah pada Jumaat, menjejaki penurunan dalam kadar asas pasaran tunai.