26hari lalu
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan aliran belian mereka untuk minggu kelima berturut-turut dengan aliran masuk bersih berjumlah RM508.6 juta manakala peruncit tempatan mencatatkan aliran keluar bersih untuk minggu ketiga berturut-turut sebanyak RM145.3 juta.
26hari lalu
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah pada Isnin berikutan pelabur mengambil keuntungan dalam saham wajaran tinggi berikutan prestasi indeks itu yang kukuh baru-baru ini walaupun Wall Street ditutup positif.
26hari lalu
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) – Tahun 2025 menyaksikan ringgit menambat kedudukan sebagai mata wang berprestasi terbaik di Asia berbanding mata wang serantau lain dengan pengukuhan unit tempatan itu dipacu oleh asas ekonomi serta angka eksport yang memberangsangkan.
26hari lalu
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Isnin berikutan perkembangan positif dalam kedudukan fiskal kerajaan Malaysia yang telah menyumbang dengan ketara kepada pengukuhan mata wang tempatan.
28hari lalu
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Pasaran getah dijangka meningkat sedikit minggu depan di tengah-tengah kebimbangan terhadap bekalan akibat hujan lebat berterusan di daerah pengeluar getah di Thailand dan Malaysia, kata pakar industri Denis Low.
28hari lalu
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka terus menunjukkan momentum meningkat minggu depan, menjejaki pasaran tunai asas.
28hari lalu
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan menjejaki kenaikan harga emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) apabila pelabur membuat persediaan menjelang pengumuman data ekonomi AS yang penting.
28hari lalu
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menurun minggu depan susulan peningkatan paras stok.
28hari lalu
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka stabil minggu depan mengukuhkan kenaikannya baru-baru ini dan diniagakan dalam jajaran kecil apabila pelabur melepaskan pegangan jangka pendek selepas prestasi kukuh dalam minggu yang berakhir ini.
28hari lalu
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Ringgit dijangka menyaksikan pengambilan untung pada minggu hadapan, berlegar antara RM4.07 hingga RM4.09 berbanding dolar US selepas ia mencecah paras tertinggi hampir enam tahun semalam.
29hari lalu
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini disebabkan oleh peningkatan paras stok.
29hari lalu
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki prestasi Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS), yang lebih lemah.