29hari lalu
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Ringgit mengukuh kepada paras 4.07 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Jumaat, paras yang paling kukuh dalam tempoh hampir enam tahun susulan data inflasi AS yang lebih rendah daripada jangkaan.
29hari lalu
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan kenaikan mendadak, melonjak ke paras tertinggi hampir 15 bulan dan melepasi paras yang tinggi sebelum ini pada 1,660.09 pada 27 Sept 2024, berikutan sentimen domestik semakin baik menjelang aliran portfolio akhir tahun.
29hari lalu
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah hari ini susulan penurunan dalam niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang lebih rendah, kata seorang peniaga.
30hari lalu
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran peningkatannya pada tengah hari Jumaat, didorong aktiviti belian saham wajaran tinggi terpilih yang didahului oleh kaunter kewangan.
30hari lalu
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka lebih kukuh pada Jumaat, seiring dengan kenaikan di pasaran tunai pendasar.
30hari lalu
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Jumaat, menjejaki kenaikan di pasaran serantau, disokong oleh pengukuhan ringgit yang meningkatkan sentimen pasaran susulan prestasi positif Wall Street semalaman.
30hari lalu
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Jumaat, kekal di sekitar paras 4.08, disokong oleh jangkaan yang semakin meningkat terhadap pendirian dasar monetari AS yang kurang agresif serta perkembangan terkini dasar bank pusat global.
30hari lalu
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, disokong oleh kenaikan dalam pasaran minyak kacang soya.
30hari lalu
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, seiring kenaikan di Bursa Komoditi New York (COMEX), Amerika Syarikat.
30hari lalu
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis apabila peserta pasaran menunggu laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang akan dikeluarkan lewat malam ini.
30hari lalu
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, sejajar dengan kenaikan di pasaran tunai.
30hari lalu
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan hari ini dengan sentimen kukuh, menamatkan penyusutan sebelumnya berikutan kenaikan indeks petunjuk pasaran yang didorong oleh saham sektor perindustrian dan pengguna.