Pasaran

Niaga Hadapan MSM Teruskan Peningkatan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi untuk hari ketujuh berturut-turut pada Khamis, didorong oleh prestasi eksport yang lebih kukuh dan pengeluaran MSM yang menyusut, kata peniaga.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, Sept 26 (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini di tengah-tengah pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) dan peningkatan hasil Perbendaharaan AS. 

Ringgit Ditutup Lebih Rendah Berbanding Dolar AS Susulan Pengambilan Untung

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan aktiviti pengambilan untung selepas meningkat dengan ketara pada awal minggu, dan berhati-hati menjelang pengumuman data perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) Amerika Syarikat (AS) esok, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis dalam persekitaran sentimen serantau bercampur-campur berikutan impak daripada dasar monetari China baru-baru ini yang berkurangan memindahkan tumpuan pelabur kepada langkah-langkah rangsangan fiskal yang berpotensi, kata penganalisis.

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) tinggi dalam dagangan awal hari ini.

Ringgit Susut Kepada 4.13 Pada Sesi Pembukaan

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Ringgit susut berbanding dolar AS pada Khamis, berhenti seketika daripada kenaikan baru-baru ini berikutan pelabur mengambil keuntungan selepas peningkatan nilainya yang ketara, kata ahli ekonomi.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Prestasi Eksport Lebih Baik

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan trend menaik untuk ditutup lebih tinggi selama enam hari berturut-turut pada Rabu berikutan prestasi eksport yang lebih baik, kata seorang peniaga.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur hari ini.

Ringgit Cecah Paras Paling Kukuh Sejak Jun 2021, Naik 0.69 Peratus Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Ringgit naik kepada 4.1275/1310 berbanding dolar AS pada Rabu, mencatatkan paras paling kukuh sejak Jun 2021.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) tinggi semasa awal dagangan hari ini, menjejaki kenaikan dalam kadar asas pasaran tunai.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Berikutan Sentimen Kukuh Global

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum positif pagi ini, disokong oleh sentimen pasaran global yang memberangsangkan, kata penganalisis.

Ringgit Teruskan Peningkatan Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Ringgit mengekalkan momentum meningkat berbanding dolar AS semasa memulakan urus niaga hari ini, melepasi paras RM4.14 untuk kali pertama sejak November 2021, kata pakar ekonomi.