BERITA TERKINI   Kerajaan fokus projek dan program pendidikan berkualiti demi menjamin masa depan golongan muda - PM Anwar | Pengeluaran getah asli susut 24.1 peratus bulan ke bulan kepada 21,705 tan pada Februari 2026 daripada 28,579 tan pada Januari 2026, turunĀ 39.7 peratus tahun ke tahun daripada 36,005 tan pada Februari 2025 - Jabatan Perangkaan | PDRM perlu perhalusi cara kerja, penugasan anggota di stesen minyak di sempadan negara - Saifuddin Nasution | APMM gagalkan cubaan seludup keluar 20kg syabu bernilai RM1 juta ke negara jiran di pantai Batu Layar dekat Kota Tinggi 8 April lepas -- Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili | 

EPB Group Beli Tanah Bernilai RM22.49 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Anak syarikat EPB Group Bhd, Easy Pack Machinery Sdn Bhd telah memeterai perjanjian jual beli dengan Penang Development Corporation untuk pengambilan tanah perindustrian yang terletak di Plot P23B, Penang Science Park North. 

Dalam satu kenyataan hari ini, EPB berkata pengambilalihan itu membabitkan jumlah pertimbangan pembelian sebanyak RM22.49 juta

Cadangan pengambilalihan tersebut akan memudahkan pembinaan kilang baharu, pejabat korporat, gudang serta bilik pameran, meningkatkan pengembangan penawaran robotik EPB, kapasiti pengeluaran dan keupayaan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi penyelesaian pemprosesan makanan serta mesin pembungkusan.

Pembinaan kilang dan pejabat baharu itu dijangka siap pada separuh kedua 2027.

"Dengan menyepadukan pejabat korporat, kilang dan gudang baharu kami ke dalam satu lokasi, kami menunjukkan tahap kecekapan operasi baharu," kata Timbalan Pengarah Urusan EPB Group, Liew Meng Hooi.

Langkah ini akan menyelaraskan proses kumpulan, meningkatkan pengeluaran, serta mengukuhkan lagi keupayaannya untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat dalam industri mesin pemprosesan dan pembungkusan makanan.

-- BERNAMA