BERITA TERKINI   KDN akan jadi pemudah cara Perhimpunan Antirasuah yang berlangsung esok di Kuala Lumpur - Saifuddin Nasution  | Aplikasi MyBorderPass raih lebih 150,000 pengguna dalam tempoh 21 hari - Saifuddin Nasution | Kawalan sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan diperkukuh, tiada kompromi - Saifuddin Nasution | Ujian asas fardu ain sebagai syarat wajib kemasukan ke Giat MARA akan diperluaskan ke institusi MARA yang lain - TPM Zahid | Pengurangan tol adalah kesinambungan bantuan tol musim perayaan yang diberikan kerajaan bagi empat musim perayaan utama di Semenanjung sejak 2023 - Nanta | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini sejajar dengan prestasi di pasaran tunai pendasar. 

Kontrak bulan September 2024 meningkat 7.0 mata kepada 1,667.5, Oktober 2024 naik 6.5 mata kepada 1,670.5, Disember 2024 menokok 6.0 mata kepada 1,675.0 dan Mac 2025 menambah 8.5 mata kepada 1,662.5.  

Jumlah dagangan melonjak kepada 31,370 lot daripada 15,175 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka menokok kepada 75,828 kontrak daripada 59,534 kontrak sebelumnya.  

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup tinggi naik 5.07 mata atau 0.30 peratus kepada 1,670.37 berbanding 1,665.30 pada Isnin.  

-- BERNAMA