BERITA TERKINI   Cadangan caruman mandatori KWSP bagi pekerja asing, masing-masing dua peratus untuk pekerja, majikan - Steven Sim | SPB Development Bhd peroleh kelulusan Suruhanjaya Sekuriti untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada Suku-2 tahun ini | Gabungan dewan perniagaan di negara ini diminta bekerja sebagai satu pasukan, tingkatkan kemajuan Malaysia - PM Anwar | Kerajaan pilih kadar caruman KWSP 2 peratus bagi pekerja asing berbanding 12 peratus yang dicadangkan sebelum ini - PM Anwar  | Titah Agong: Kerajaan MADANI akan pastikan agihan hasil ekonomi dimanfaat untuk pembangunan negara meliputi segenap lapisan masyarakat - PM Anwar | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Kebanyakannya Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya rendah pada Khamis, dipacu aktiviti pengambilan untung berikutan peningkatan harga baru-baru ini.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata penyusutan dalam pasaran minyak kacang soya pada waktu dagangan Asia turut menjejaskan sentimen.

“Kami melihat paras sokongan pada RM3,900 satu tan manakala rintangan pada RM4,200 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutupan dagangan, kontrak bulan semerta Oktober 2024 merosot RM38 kepada RM4,267 satu tan manakala November 2024 dan penanda aras Disember 2024 masing-masing susut RM14 kepada RM4,232 dan RM4,182 satu tan. Kontrak Januari 2025 pula berkurangan RM7 kepada RM4,133.

Sementara itu, kontrak Februari 2025 meningkat RM1 kepada RM4,084 satu tan manakala Mac 2025 menambah RM8 kepada RM4,036 satu tan.

Jumlah dagangan menyusut kepada 99,355 lot daripada 119,000 pada Rabu manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 258,051 kontrak daripada 262,414.

Harga MSM fizikal bagi Oktober Selatan susut RM20 kepada RM4,300 satu tan.

-- BERNAMA