BERITA TERKINI   Kerajaan MADANI peruntuk RM60 juta khusus untuk program pembasmian kemiskinan di Terengganu tahun ini - PM Anwar | Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan RM1.8 juta bagi kerja-kerja pembaikan infrastruktur dan fasiliti di 18 buah sekolah tahfiz, sekolah pondok di Terengganu sepanjang tahun ini - PM Anwar | Sekolah tahfiz, sekolah pondok seluruh negara perlu kuasai ilmu teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI) - PM Anwar | PM Anwar mahu projek pembinaan Kolej Matrikulasi Terengganu di Marang disegerakan | Kerajaan fokus projek dan program pendidikan berkualiti demi menjamin masa depan golongan muda - PM Anwar | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.

Kontrak bulan semasa Oktober 2024 dan November 2024, masing-masing merosot 10.0 mata kepada 1,627.5 dan 1,630.5, Disember 2024 berkurangan 8.5 mata kepada 1,634.5 dan Mac 2025 susut 9.5 mata kepada 1,622.5.

Jumlah dagangan naik kepada 8,538 lot daripada 6,827 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 49,905 kontrak daripada 47,874 kontrak sebelum ini.  

FBM KLCI merosot 11.58 mata daripada 1,629.97 pada Khamis.

-- BERNAMA