BERITA TERKINI   Kerajaan bakal gubal akta baharu berkaitan pekerja gig - TPM Ahmad Zahid | Belum pernah ada dalam sejarah kerajaan jatuh kerana belanja besar untuk rakyat, sebaliknya disebabkan rasuah - PM Anwar | Pemaju perumahan mampu milik mesti siapkan projek segera, ikut jadual dan mengutamakan mutu - PM Anwar | Malaysia kekal lokasi yang kompetitif terutama sebagai hab logistik panel solar dalam keadaan kenaikan tarif AS ke atas peralatan solar dari Asia Tenggara - Loke | Sebagai negara rakan BRICS, Malaysia mahu berkembang ke pasaran BRICS-ASEAN dalam jangka masa panjang - Loke | 

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Berikutan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi ini lebih rendah, menjejaki prestasi bercampur-campur dalam pasaran serantau dan di Wall Street dalam keadaan dagangan yang berhati-hati.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.15 mata kepada 1,618.15 daripada 1,618.30 semasa ditutup pada Jumaat.

Indeks petunjuk pasaran dibuka 4.04 mata lebih tinggi kepada 1,622.34 dan naik turun antara 1,617.18 dan 1,630.39 sepanjang sesi.

Sentimen pasaran adalah negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 634 berbanding 241.

Sebanyak 493 kaunter kekal tidak berubah, 1,134 tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 1.36 bilion unit bernilai RM982.41 juta.

Menurut peniaga, peningkatan sebelum itu tidak berkekalan memandangkan kebimbangan yang berterusan terhadap prospek kadar faedah Amerika Syarikat (AS) berikutan data terkini sentimen pengguna yang memberikan isyarat kepada penurunan kadar yang lebih perlahan berbanding jangkaan.

Semakan semula data AS menunjukkan sentimen pengguna meningkat kepada paras tertinggi dalam tempoh enam bulan pada Oktober berikutan penurunan kadar baru-baru ini.

Beliau berkata ketidaktentuan menjelang pilihan raya presiden AS yang akan datang dan ketegangan geopolitik yang berpanjangan di Timur Tengah turut menjejaskan sentimen.

Di dalam negara, saham wajaran tinggi menjejaskan indeks apabila Tenaga Nasional rendah 26 sen kepada RM14.12 yang berkemungkinan disebabkan aktiviti pengambilan untung selepas kenaikan melebihi harga sasaran.

IHH susut tujuh sen kepada RM7.43 manakala Maybank berkurangan enam sen kepada RM10.48.

YTL pula naik tujuh sen kepada RM3.07 dan Petronas Chemicals menambah 10 sen kepada RM5.58, yang membantu mengehadkan penurunan selanjutnya dalam FBM KLCI.

Sorento Capital yang baru disenaraikan tidak berubah pada 37 sen manakala Lotus KFM dan Lustre Industries masing-masing naik setengah sen kepada 21.5 sen dan 6.5 sen.

XOX turun empat sen kepada 21 sen dan Northeast Group naik 1.5 sen kepada 60 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 8.53 mata kepada 12,212.09, Indeks FBMT 100 susut 0.65 mata kepada 11,921.29, Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 19.57 mata kepada 12,180.41, Indeks FBM ACE turun 56.99 mata kepada 5,044.02 manakala Indeks FBM 70 naik 0.88 mata kepada 17,715.55.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 34.51 mata kepada 19,227.52, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian rendah 0.26 mata kepada 175.46 dan Indeks Tenaga susut 4.50 mata kepada 842.03.

Bagaimanapun, Indeks Perladangan menokok 21.30 mata kepada 7,320.88.

-- BERNAMA