BERITA TERKINI   SPB Development Bhd peroleh kelulusan Suruhanjaya Sekuriti untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada Suku-2 tahun ini | Gabungan dewan perniagaan di negara ini diminta bekerja sebagai satu pasukan, tingkatkan kemajuan Malaysia - PM Anwar | Kerajaan pilih kadar caruman KWSP 2 peratus bagi pekerja asing berbanding 12 peratus yang dicadangkan sebelum ini - PM Anwar  | Titah Agong: Kerajaan MADANI akan pastikan agihan hasil ekonomi dimanfaat untuk pembangunan negara meliputi segenap lapisan masyarakat - PM Anwar | ACCCIM gesa kerajaan memperkenalkan skim kredit eksport dan mengurangkan duti import ke atas bahan mentah untuk membantu PKS menyesuaikan dengan dasar perdagangan baharu oleh ekonomi utama | 

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar US

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Ringgit meningkat semula pada Jumaat selepas mencatatkan kerugian baru-baru ini untuk ditutup lebih tinggi berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) minggu ini walaupun dolar US mengukuh dirangsang oleh jangkaan bahawa penurunan kadar faedah AS akan berlaku lama lagi, kata seorang ahli ekonomi.

Pada 6 petang, unit tempatan melonjak sebanyak 125 mata asas kepada 4.4715/4780 berbanding dolar US berbanding 4.4840/4870 pada penutupan semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata menyatakan bahawa ringgit naik semula hari ini selepas mengalami kerugian minggu ini.

"Pasaran mungkin tidak mungkin tidak selesa dengan komen terbaharu pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS Jerome Powell malam tadi bahawa bank pusat mungkin tidak melonggarkan dasar monetarinya secara tergesa-gesa," katanya kepada Bernama.

Dilaporkan bahawa dalam ucapannya kepada pemimpin perniagaan di Dallas, AS pada hari Khamis, Powell berkata pertumbuhan ekonomi AS yang kukuh akan memberi penggubal dasar masa yang lebih lama (tidak tergesa-gesa) untuk menetapkan tarikh menurunkan kadar faedah.

Pada penutupan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ia menokok berbanding pound Britain kepada 5.6573/6656 daripada 5.6750/6787 ketika ditutup pada Khamis bagaimanapun merosot berbanding euro kepada 4.7224/7292 daripada 4.7172/7203 dan turun berbanding yen Jepun kepada 2.8774/8818 from 2.8720/8741.

Unit tempatan didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia naik berbanding peso Filipina kepada 7.61/7.63 daripada 7.63/7.63 dan melonjak berbanding rupiah Indonesia kepada 281.6/282.2 daripada 282.6/282.9 ketika ditutup pada Khamis manakala ringgit merosot berbanding baht Thailand kepada 12.8307/8541 daripada 12.7706/7838 pada penutupan semalam dan jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.3330/3381 daripada 3.3284/3309 sebelumnya.

-- BERNAMA