BERITA TERKINI   Pemberian BKK dikecualikan daripada cukai pendapatan di bawah subseksyen 127(3A) Akta Cukai Pendapatan 1967 - JPA | Pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2026 sebanyak RM500 akan dibayar pada 13 Mac - JPA | PM Anwar seru agar wujud kematangan dalam urusan politik antarabangsa | Kementerian Luar pamer prestasi membanggakan, kunjungan ke luar negara beri manfaat kepada negara - PM Anwar | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah seiring prestasi asas pasaran tunai.

Pada 9.18 pagi, kontrak Disember 2024 merosot 11.0 mata kepada 1,585.0, Januari 2025 menguncup 10.5 mata kepada 1,589.50, Mac 2025 berkurangan 10.0 mata kepada 1,574.50 manakala Jun 2025 turun 12.5 mata kepada 1,579.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,556 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 38,820 kontrak.

Pada 9.35 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 6.86 mata kepada 1,592.72 daripada 1,599.58, semalam.

-- BERNAMA