BERITA TERKINI   Anak syarikat milik penuh Maxis Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd menyediakan pendahuluan pemegang saham tambahan sebanyak RM202 juta kepada Digital Nasional Bhd | Piala Thomas: Jepun 1 Malaysia 0: Kodai Naraoka tewaskan Leong Jun Hao 21-11, 21-15 | Piala Uber: Malaysia akan berdepan juara bertahan China di peringkat suku akhir | Pelarasan perbelanjaan akan dibuat tanpa menjejaskan perkhidmatan kritikal kepada rakyat dan kestabilan ekonomi - MOF | Panduan dikeluarkan kepada kementerian, agensi untuk susun semula keutamaan perbelanjaan mengurus, selaras cabaran krisis bekalan global, peningkatan tanggungan subsidi - MOF | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan dalam asas pasaran tunai.

Pada penutup dagangan, kontrak Februari 2026 naik 10 mata kepada 1,756.0, Mac 2026 meningkat 6.5 mata kepada 1,733.0, Jun 2026 bertambah enam mata kepada 1,737.5 dan September 2026 berkembang lima mata kepada 1,724.5.

Jumlah dagangan menokok kepada 24,348 lot berbanding 10,258 lot pada Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 63,276 kontrak berbanding 49,706 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI naik 5.15 mata atau 0.29 peratus kepada 1,757.98 daripada 1,752.83 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA