BERITA TERKINI   MPOB akan perkenalkan harga rujukan rasmi Minyak Masak Terpakai pada suku pertama 2026 - Noraini Ahmad | Harga purata minyak sawit mentah meningkat sebanyak 2.7 peratus kepada RM4,292 satu tan pada 2025 daripada RM4,179 pada 2024 - Noraini Ahmad | Hasil eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit dijangka melebihi RM100 bilion dengan pengeluaran minyak sawit mentah menghampiri 20 juta tan - Noraini Ahmad | Skandal rasuah libatkan ATM, MINDEF berskala besar, akan bertemu Menteri Pertahanan dalam masa terdekat - Azam Baki | Jangan korbankan integriti kerana kejar jawatan, kuasa dan kekayaan - Sultan Nazrin | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini meskipun prestasi positif niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS), apabila permintaan tempatan yang lemah terus menjejaskan sentimen pasaran, kata penganalisis.

Kontrak semerta Disember 2024 merosot kepada US$2,607.00 setiap auns troy daripada US$2,621.30 setiap auns troy pada Khamis, manakala Januari 2025 menurun kepada US$2,620.10 setiap auns troy daripada US$2,634.40 setiap auns troy sebelumnya.

Sementara itu kontrak Februari 2025, Mac 2025 dan April 2025 masing-masing menyusut kepada US$2,630.30 setiap auns troy daripada US$2,644.60 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan menurun kepada lima lot daripada 57 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 24 kontrak daripada 75 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 19 Dis, harga emas fizikal berada pada US$2,592.45 setiap auns troy.

-- BERNAMA