Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, mencerminkan penurunan kadar asas pasaran tunai.
Pada penutup dagangan, Januari 2025 merosot setengah mata kepada 1,599.0, Februari 2025 berkurangan 2.5 mata kepada 1,600.0, Mac 2025 susut 4.5 mata kepada 1,582.5 dan Jun 2025 turun 4.0 mata kepada 1,588.0.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 6,354 lot daripada 7,852 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka merosot kepada 42,928 kontrak daripada 44,051 kontrak sebelum ini.
Pada 5 petang, indeks petunjuk pasaran naik 1.60 mata atau 0.10 peratus kepada 1,602.41 daripada 1,600.81 semalam.
-- BERNAMA