BERITA TERKINI   Pengeluaran getah asli susut 24.1 peratus bulan ke bulan kepada 21,705 tan pada Februari 2026 daripada 28,579 tan pada Januari 2026, turun 39.7 peratus tahun ke tahun daripada 36,005 tan pada Februari 2025 - Jabatan Perangkaan | PDRM perlu perhalusi cara kerja, penugasan anggota di stesen minyak di sempadan negara - Saifuddin Nasution | APMM gagalkan cubaan seludup keluar 20kg syabu bernilai RM1 juta ke negara jiran di pantai Batu Layar dekat Kota Tinggi 8 April lepas -- Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili | 

Unit Pansar Raih Kontrak Pembinaan Lebuh Raya Bernilai RM477.69 Juta

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Perbena Emas Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Pansar Bhd dianugerahkan kontrak bernilai RM477.69 juta oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak untuk mereka bentuk dan membina sebahagian daripada Lebuh Raya Dua Lorong Serian-Gedong-Samarahan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata kontrak berkenaan melibatkan reka bentuk dan pembinaan lebuh raya berkembar empat lorong sepanjang 8.5 kilometer, termasuk dua jambatan, rizab Transit Aliran Autonomi, trek basikal, koridor utiliti, lampu jalan dan infrastruktur berkaitan.

“Tempoh kontrak selama 36 bulan dan projek itu dijadualkan bermula pada Februari 2025.

"Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan apabila projek itu berjalan sepanjang tempoh kontrak," kata syarikat itu.

 Pansar juga berkata projek itu yang meliputi Seksyen 1B lebuh raya berkenaan, merangkumi dari Simpang Tanah Puteh ke Isthmus Gedong.

“Tiada pengarah dan/atau pemegang saham utama Pansar atau orang yang berkaitan dengan mereka mempunyai sebarang kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak berkenaan,” kata syarikat itu.

-- BERNAMA