Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa.

Pada penutup dagangan, Januari 2025 meningkat 10.0 mata kepada 1,572.5, Februari 2025 naik 10.5 mata kepada 1,576.5, Mac 2025 menambah 11.5 mata kepada 1,559.5 dan Jun 2025 menokok 11.0 mata kepada 1,568.0.

Jumlah dagangan naik kepada 12,457 lot daripada 9,319 lot semalam manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 46,922 kontrak daripada 43,194 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, FBM KLCI naik 8.12 mata kepada 1,580.46 daripada 1,572.34 semalam. 

-- BERNAMA