BERITA TERKINI   MCMC teliti kaedah pengesahan umur sebelum sekatan had usia 16 tahun bagi penggunaan media sosial dilaksana suku kedua tahun ini -- Teo Nie Ching | Lebih RM13 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) setakat 31 Jan lepas - Akauntan Negara | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.  

Pada penutup dagangan, kontrak Februari 2025 susut 3.5 mata kepada 1,553.5, Mac 2025 turun 5.5 mata kepada 1,534.0, Jun 2025 berkurangan 7.5 mata kepada 1,541.5 dan September 2025 berada pada 1,527.5.

Jumlah dagangan turun kepada 11,788 lot daripada 13,946 lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 42,847 kontrak daripada 47,219 kontrak sebelumnya.  

Pada 5 petang, FBM KLCI turun 3.29 mata atau 0.21 peratus kepada 1,553.63 daripada paras penutup pada Jumaat.    

-- BERNAMA