BERITA TERKINI   Fahmi mahu beberapa siri latihan 'Train the Trainers' untuk Kempen Keselamatan Dalam Talian dilaksanakan sebelum Aidilfitri | BERNAMA, RTM diminta laksana kempen peringatan tanggungjawab melunaskan hutang - Fahmi | Syarikat penerbangan Sarawak akan dinamakan sebagai AirBorneo selepas pengambilalihan MASWings daripada MAG - Premier Abang Johari | PAC akan adakan sesi pendengaran awam bagi prosiding peningkatan bayaran premium insurans kesihatan/takaful dan caj hospital swasta - Pengerusi | Cuaca panas, kering di utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan bermula Februari hingga Mei - MetMalaysia | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, menjejaki prestasi kadar asas pasaran tunai.

Pada penutup dagangan, kontrak Februari 2025 dan September 2025 masing-masing naik 3.0 mata kepada 1,586.50 dan 1,560.50, manakala Mac 2025 menokok 2.0 mata kepada 1,566.50 dan Jun 2025 naik 1.0 mata kepada 1,570.0.

Jumlah dagangan menokok kepada 7,533 lot daripada 5,409 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka naik kepada 39,414 kontrak daripada 37,492 kontrak semalam.

Pada 5 petang, FBM KLCI menokok 0.36 peratus atau 5.74 mata kepada 1,590.91, berbanding 1,585.17 ketika ditutup pada Khamis.

-- BERNAMA