Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini.

Pada penutup dagangan, kontrak Februari 2025 naik 4.5 mata kepada 1,591.0, Mac 2025 dan Jun 2025 meningkat enam mata setiap satu masing-masing kepada 1,572.50 dan 1,576.0 manakala  September 2025 naik empat mata kepada 1,564.50.

Bagaimanapun, jumlah dagangan berkurangan kepada 5,589 lot daripada 7,533 lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka susut kepada 38,761 kontrak daripada 39,414 kontrak. 

Pada 5 petang, FBM KLCI turun 0.96 mata kepada 1,589.95 daripada paras penutup 1,590.91 pada Jumaat minggu lepas.

-- BERNAMA