BERITA TERKINI   Pemulihan aset 1MDB cecah RM31.2 bilion setakat ini, iaitu 70 peratus daripada keseluruhan aset yang telah dikenal pasti - SPRM | 1MDB: Empat karya seni bernilai USD198,125 telah dibawa pulang ke Malaysia - SPRMĀ  | Krisis tenaga global: Kadar Bantuan tunai BUDI Agri-Komoditi dinaikkan kepada RM400 sebulan berbanding RM300 bagi April 2026 - Akmal Nasrullah | Krisis tenaga global:Kadar bantuan tunai BUDI Diesel Individu dinaikkan kepada RM400 sebulan berbanding RM300 bagi April 2026 - Akmal Nasrullah | Kerajaan setuju tingkatkan adunan biodiesel daripada B10 kepada B15 bermula dengan B12, tanpa kos tambahan menggunakan infrastruktur sedia ada - Akmal Nasrullah | 

MAHB Akan Dinyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 25 Feb 2025

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijadualkan akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 25 Feb 2025.

Dagangan saham MAHB telah digantung hari ini sebagai persediaan untuk penyahsenaraian berikutan selesainya tawaran konsortium Gateway Development Alliance (GDA) untuk menstruktur semula kepentingan dalam MAHB.

Pada 12 Feb lepas, GDA, konsortium yang terdiri daripada Khazanah Nasional Bhd, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Abu Dhabi Investment Authority dan Global Infrastructure Partners milik BlackRock, mengambil alih 1.64 bilion saham MAHB atau 98.68 peratus daripada jumlah saham terbitan MAHB setakat 5 petang pada hari yang sama. 

Konsortium itu telah mengemukakan permohonan untuk menyahsenarai MAHB daripada Bursa Malaysia pada hari berikutnya dan kemudiannya mencadangkan untuk mengambil alih kesemua saham MAHB pada RM11 sesaham daripada pemegang saham yang tidak bersetuju, menggunakan peruntukan Seksyen 222 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

Pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata tawaran konsortium untuk membeli semua baki saham MAHB pada RM11 sesaham bertujuan meletakkan syarikat itu pada kedudukan untuk disenaraikan semula pada masa depan dengan penilaian yang lebih tinggi.

-- BERNAMA

 

TAG: MAHB, penyahsenaraian, GDA, CMSA, Amir Hamzah Azizan


NJK NJK NII NJ