BERITA TERKINI   Majlis Perundingan UMNO-PH setuju kekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan | Kerajaan setuju bayar RM200 sehektar sebagai pendahuluan Bantuan Khas Insentif Pembajakan, manfaatkan hampir 240,000 pesawah - PM Anwar | MARA Corp sasar kurangkan kerugian terkumpul kepada RM49.7 juta menjelang akhir 2026, capai prestasi keuntungan terkumpul menjelang akhir 2027 - Ketua Pengarah | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives menyaksikan dagangan lebih rendah pada sesi awal Rabu.

Pada 9.35 pagi, Mac 2025 dan Jun 2025 susut 12.0 mata masing-masing kepada 1,484.0 dan 1,489.0 manakala April 2025 turun 10.5 mata kepada 1,488.0 dan September 2025 menguncup 11.0 mata kepada 1,476.0.

Jumlah dagangan sebanyak 4,074 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 43,789 kontrak.

Dalam pada itu, setakat jam 9.53 pagi ini, FBM KLCI susut 17.69 mata kepada 1,502.46 daripada paras 1,520.15.

-- BERNAMA