Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi seiring dengan prestasi pasaran tunai yang stabil.
Kontrak Mei 2026, September 2026 dan Disember 2026 masing-masing meningkat 3.5 mata kepada 1,747.5, 1,729.0 dan 1,733.5 manakala kontrak Jun 2026 naik empat mata kepada 1,747.0.
Jumlah dagangan merosot kepada 7,294 lot daripada 9,260 lot semalam manakala kepentingan terbuka mengecil kepada 38,479 kontrak daripada 39,171 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 7.66 mata atau 0.44 peratus untuk ditutup pada 1,747.43 daripada 1,739.77 ketika ditutup pada Isnin.
-- BERNAMA