BERITA TERKINI   Kerajaan cadang gubal Rang Undang-undang Perolehan Kerajaan sebagai kesinambungan kepada Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 dan pelengkap kepada Akta Tatacara Kewangan 1957 - PM Anwar | Kerajaan MADANI cipta sejarah menggubal Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 yang mengandungi penanda aras berkaitan pengurusan fiskal - PM Anwar | Kerangka Ekonomi MADANI serta RMK13 bukan sahaja untuk memperkukuh ekonomi, tetapi bagi menangani kebejatan yang membelit negara sejak sekian lama - PM Anwar | Pengintegrasian Terminal 1 dan Terminal 2 KLIA oleh MAHB akan dipercepat- Loke | Saling bergantung antara negara berdaulat perlu dibina berasaskan prinsip pilihan, ketahanan, dan saling menghormati - PM Anwar | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.

Kontrak April 2025 naik 3.0 mata kepada 1,525.0, Mei 2025 meningkat 11.0 mata kepada 1,523.0, Jun 2025 menokok 10.5 mata kepada 1,516.5 manakala September 2025 melonjak 12.5 mata kepada 1,506.0. 

Jumlah dagangan berkurangan kepada 9,875 lot daripada 18,475 lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka susut kepada 47,782 kontrak daripada 59,411 kontrak sebelumnya. 

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 12.87 mata atau 0.85 peratus ke paras tertinggi hari ini pada 1,526.52 daripada paras penutup 1,513.65 pada Jumaat.

Pasaran ditutup pada 31 Mac dan 1 April sempena cuti umum Hari Raya Aidilfitri.

-- BERNAMA