BERITA TERKINI   Setakat 28 Februari, jumlah Rakan Niaga SARA meningkat kepada 11,300 kedai di seluruh negara berbanding hanya 700 kedai pada 2024 - Amir Hamzah | Setakat 1 Mac 2026, nilai ringgit terus meningkat kepada RM3.89 berbanding dolar AS, cerminkan asas domestik kukuh - Amir Hamzah | Pindaan had tempoh jawatan PM pastikan kepimpinan negara sentiasa diperbaharui dengan tertib dan kestabilan - PM Anwar | Cadangan pindaan Perlembagaan terhadap had tempoh jawatan PM tidak jejaskan kuasa prerogatif Agong - PM Anwar | Malaysia akan manfaat hubungan baik dengan China dan Rusia untuk suarakan gesaan hentikan keganasan di Iran - PM Anwar | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil, mencerminkan pergerakan asas pasaran tunai minggu depan.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran tunai berkemungkinan kekal tidak menentu di tengah-tengah kebimbangan yang berterusan terhadap prospek perdagangan global.

"Kami menjangkakan berlakunya turun naik yang tinggi dalam pasaran tempatan yang akan berterusan minggu depan. Sehubungan itu, kami menjangka indeks penanda aras bergerak dalam julat 1,430 hingga 1,493," katanya kepada Bernama.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak April 2025 dan Mei 2025 masing-masing susut 54.5 mata untuk ditutup pada 1,448.00 dan 1,446.50.

Kontrak Jun 2025 turun 51.5 mata kepada 1,443.00, manakala September 2025 susut 52.5 mata kepada 1,430.00.

Jumlah dagangan mingguan melonjak kepada 75,774 lot daripada 25,964 lot sebelumnya, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 47,008 kontrak daripada 44,881 kontrak.

Indeks penanda aras pasaran tunai turun 49.38 mata kepada 1,454.76 daripada 1,504.14 pada minggu sebelumnya.

-- BERNAMA